mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-PERKHIDMATAN PINTAR-RAFIEDAH BINTI RAMLI

NADI X MAHIR BAIKI GAJET – RAFIEDAH BINTI RAMLI

Nama: Rafiedah Binti Ramli

Umur: 55 Tahun

Ahli: 2024

Latar belakang

Puan Rafiedah merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan barangan terpakai seperti perabot, barangan elektrik dan juga pakaian. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini semenjak tahun 2023 di alamat Kedai Barangan Terpakai Batu 20 Ulu Klawang. Beliau mengusahakan perniagaan ini bersama suami beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Rafiedah telah mendaftar menjadi ahli NADI pada 16 Oktober 2024 semasa ingin menyertai poram Perkhidmatan Pintar iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat (Mahir). Tujuan program NADI Mahir ialah sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti NADI.

Puan Rafiedah telah memilih untuk menyertai Modul Silibus Kemahiran Mahir Baiki Gajet bagi pengambilan pertama NADI Mahir. Melalui program ini, Puan Rafiedah akan mempelajari mengenai bahagian membaiki telefon bimbit dan komputer riba. Pada awalnya beliau bersetuju untuk menyertai program ini kerana beliau ingin menambah ilmu pengetahuan dalam membaiki gajet dan laptop. Hal ini secara tidak langsung dapat Puan Rafiedah dapat menambahkan pendapatan sampingan beliau degan menawarkan perkhidmatan membaiki gajet kepada komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Mengikuti kursus pendek untuk mempelajari cara membaiki gajet mempunyai banyak faedah yang berguna dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah ia dapat membantu menjimatkan kos pembaikan. Apabila gajet seperti telefon bimbit atau komputer riba mengalami kerosakan, beliau tidak perlu lagi membawanya ke kedai dan membayar caj yang mahal. Dengan kemahiran yang beliau pelajari, beliau boleh membaikinya sendiri, sekaligus mengurangkan perbelanjaan.

Selain itu, kemahiran ini juga boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan. Puan Rafiedah boleh menawarkan perkhidmatan membaiki gajet kepada rakan-rakan, keluarga, atau orang sekeliling. Dalam masa yang sama, beliau dapat menambah pendapatan secara sampingan atau mungkin juga menjadikannya sebagai kerjaya tetap jika mendapat permintaan yang tinggi.

Disamping itu, kursus ini juga boleh menjadi langkah awal kepada Puan Rafiedah untuk menceburi bidang kerjaya dalam teknologi atau kejuruteraan. Ia memberi pendedahan asas yang berguna sekiranya beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan.