mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-PERKHIDMATAN PINTAR-NUR FHARAH AIN BINTI ZAMRAN

NADI X DILEA: NUR FHARAH AIN BINTI ZAMRAN

Nama: Nur Fharah Ain Binti Zamran

Umur: 16 Tahun

Ahli: 2021

Latar belakang

Nur Fharah Ain Binti Zamran merupakan seorang ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Ulu Seperi sejak tahun 2021. Beliau dikenali dengan panggilan Fharah oleh rakan-rakan dan juga penduduk kampung. Beliau kini merupakan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu. Beliau seorang yang aktif menggunakan NADI sejak tahun 2021 lagi terutamanya semasa cuti hujung minggu dan cuti persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Nur Fharah Ain telah menyertai program Perkhidmatan Pintar iaitu dibawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (NADI Nurture). Melalui program ini dapat membantu para pelajar bagi membina asas yang kukuh untuk masa depan. Selain itu, melalui program DiLea NADI Nurture ini juga dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keperibadian yang diperlukan.

Sebelum menyertai NADI Nurture DiLea , Fharah seringkali berkunjung ke NADI untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh petugas NADI. Pada permulaannya, Fharah mempunyai sedikit masalah dalam pelajaran dan petugas NADI mengambil inisiatif untuk beliau mendaftar menerusi Program Perkhidmatan Pintar NADI Nurture iaitu Program DiLea bagi pelajar Tingkatan 4.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

  Fharah telah memulakan kelas DiLea NADI Nurture pada bulan Mac 2025 bersama seoang lagi pelajar Tingkatan 4. Melalui program ini dapat merapatkan jurang dalam akses pendidikan dan juga para pelajar dapat memanfaatkan pelbagai teknik pembelajaran melalui program ini. Hal ini demikian kerana, para pelajar ditawarkan mengikuti 4 Subjek Teras menerusi DiLea NADI Nurture ini iaitu subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.  Melalui program ini juga dapat memupuk kesediaan pelajar untuk memenuhi tuntutan dunia digital.

Melalui program ini, kelas dijalankan secara langsung dan para pelajar juga dibekalkan dengan video ulangkaji. Selain itu, pelajar diberikan bimbingan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan juga pelbagai program khas bagi meningkatkan tahap pengetahuan pelajar. Setelah 2 bulan mengikuti program DiLea NADI Nurture, Fharah semakin bersemangat untuk terus belajar dan menunjukkan prestasi yang baik setiap kali kelas dijalankan.