| NADI X DiLea: Open Tuition Sains Tingkatan 1 Dan Tingkatan 3 | |
| Tarikh | : 16 Oktober 2025 |
| Masa | : 03.30 Petang – 04.30 Petang |
| Lokasi | : NADI Ulu Seperi |
| Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN
- Meningkatkan kefahaman murid terhadap teknik menjawab soalan struktur dan subjektif dengan berkesan mengikut kehendak soalan Bahagian B dan C.
- Membantu murid menguasai konsep-konsep penting dalam Sains dengan mengaplikasikannya kepada situasi sebenar dan soalan berbentuk analisis.
- Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid dalam menghadapi peperiksaan sebenar.
AKTIVITI:
- Latih tubi soalan peperiksaan sebenar atau tahun lepas – murid menjawab set soalan Bahagian B (T3) dan Bahagian C (T1) di bawah bimbingan guru.
- Perbincangan jawapan secara kumpulan – murid dan guru menganalisis cara mendapatkan markah penuh berdasarkan skema pemarkahan.
- Sesi refleksi dan pembetulan jawapan – guru membimbing murid mengenal pasti kesilapan umum dan menulis semula jawapan yang lebih tepat dan lengkap.