| NADI X E-Sukan: Kesihatan Mental & Kesejahteraan Atlet E-Sukan | |
| Tarikh | : 26 September 2025 |
| Masa | : 03.30 Petang – 03.40 Petang |
| Lokasi | : NADI Ulu Seperi |
| Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN
- Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri dalam bidang e-sukan.
- Membantu pelajar memahami cabaran psikologi yang dihadapi oleh atlet e-sukan serta cara menanganinya dengan berkesan.
- Menggalakkan pelajar mengamalkan gaya hidup seimbang antara latihan, rehat, pemakanan dan aktiviti harian.
AKTIVITI:
- Menonton video penerangan mengenai isu kesihatan mental atlet e-sukan, termasuk punca tekanan dan kesan terhadap prestasi.
- Mencatat isi penting daripada video seperti strategi pengurusan tekanan, kepentingan sokongan sosial, dan rutin kesihatan yang baik.
- Menjawab kuiz ringkas atau berbincang bersama rakan sekelas tentang langkah praktikal yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kesejahteraan mental dalam kehidupan seharian.