| NADI X DiLea: Open Tuition Matematik Tingkatan 4 (Bab 1 & 2 – Fungsi & Persamaan Kuadratik Dalam Satu Pembolehubah Serta Asas Nombor) | |
| Tarikh | : 05 Januari 2026 |
| Masa | : 03.30 Petang – 04.30 Petang |
| Lokasi | : NADI Ulu Seperi |
| Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN
- Memberi bimbingan khusus supaya pelajar lebih memahami topik fungsi, persamaan kuadratik dan asas nombor yang menjadi asas penting bagi topik-topik seterusnya.
- Melatih pelajar menggunakan teknik dan kaedah yang betul dalam menjawab soalan, seterusnya meningkatkan keyakinan dan prestasi mereka dalam peperiksaan.
- Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dengan bimbingan berterusan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan dan mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik.
AKTIVITI:
- Pelajar menghadiri kelas dan mendengar penjelasan daripada guru di pautan Google Meet kelas atas talian.
- Pelajar boleh bertanya soalan, memberi pendapat atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru melalui mikrofon, ruangan chat atau fitur “raise hand”.
- Pelajar menjawab soalan latihan atau kuiz menggunakan platform seperti Google Form, Quizizz atau Kahoot bagi menguji kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari.