| NADI X DiLea: Guidance Tuition Bahasa Melayu Tingkatan 5 | |
| Tarikh | : 11 Januari 2026 |
| Masa | : 02.15 Petang – 03.15 Petang |
| Lokasi | : NADI Ulu Seperi |
| Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN
- Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan ayat aktif dan ayat pasif dengan tepat berdasarkan struktur dan penggunaan dalam pelbagai jenis teks.
- Pelajar dapat menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat.
- Pelajar dapat menggunakan ayat aktif dan ayat pasif dengan betul dalam penulisan dan pembinaan ayat bagi meningkatkan kualiti karangan dan jawapan peperiksaan.
AKTIVITI:
- Peserta menyertai kelas atas talian melalui pautan Google Meet akaun MTS masing-masing di NADI Ulu Seperi.
- Peserta mendengar penjelasan tenaga pengajar dengan teliti dan menjawab kuiz yang dikongsikan oleh guru.
- Peserta juga telah menanda kehadiran mereka di sistem dan mencetak nota Bahasa Melayu yang disediakan oleh guru.