LAPORAN AKTIVITI BIL 2 BULAN DISEMBER: 2025
| NADI X DiLea: Matematik Tingkatan 4 Disember 2025 | |
| Tarikh | : 01 Disember 2025 |
| Masa | : 03.30 Petang – 04.30 Petang |
| Lokasi | : NADI Ulu Seperi |
| Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN
- Memberi gambaran awal kepada pelajar tentang topik-topik utama Matematik Tingkatan 5 agar mereka lebih bersedia menghadapi pembelajaran sepanjang tahun.
- Memastikan pelajar memahami struktur dan format terkini Kertas Matematik SPM, termasuk bilangan soalan, pecahan bahagian, dan jenis soalan yang lazim ditanya.
- Membantu pelajar mengenal pasti senarai rumus penting Matematik SPM dan cara menggunakannya dengan betul dalam penyelesaian soalan peperiksaan.
AKTIVITI:
- Guru menerangkan topik-topik keseluruhan Tingkatan 5 seperti Indeks, Logaritma, Graf Fungsi, Statistik, dan topik-topik besar lain beserta contoh ringkas bagi setiap bab.
- Sesi pembentangan mengenai format Kertas 1 dan Kertas 2 Matematik SPM, termasuk contoh bentuk soalan serta teknik menjawab mengikut markah.
- Pelajar meneliti senarai rumus Matematik SPM bersama guru, mengenal pasti kegunaan setiap rumus dan melakukan beberapa latihan mudah untuk memahami aplikasinya.