| NADI X DiLea: Guidance Tuition Sejarah Tingkatan 4 (Bab 1 & Bab 2) | |
| Tarikh | : 08 Januari 2026 |
| Masa | : 03.30 Petang – 04.30 Petang |
| Lokasi | : NADI Ulu Seperi |
| Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN
- Supaya pelajar lebih memahami konsep, fakta penting dan kronologi peristiwa dalam Bab 1 dan Bab 2 sebagai asas kepada topik-topik seterusnya.
- Kelas tuisyen membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan, mengenal pasti kata kunci penting dan meningkatkan keyakinan untuk menjawab soalan peperiksaan.
- Dengan bimbingan tambahan, guru dapat mengenal pasti bahagian yang sukar difahami dan membantu pelajar menguasainya lebih awal sebelum topik menjadi semakin mencabar.
AKTIVITI:
- Pelajar menghadiri kelas tuisyen Sejarah melalui pautan Google Meet yang dikongsikan di laman MTS.
- Pelajar mengambil nota dan kandungan penting daripada topik yang dijelaskan oleh guru.
- Pelajar juga menyertai sesi soal jawab bersama guru untuk memahami kandungan Bab 1 & Bab 2 dengan lebih jelas.